Pengenalan
Centre of Food Science & Technology (CFoST) di Jabatan Teknologi Makanan di bangunkan untuk menjadikan POLISAS, institusi pendidikan yang mempunyai kepakaran dalam bidang tujahan teknologi makanan. Seiring dengan perlaksanaan ETP dan RMK 10 yang berhasrat melahirkan graduan yang berkualiti, maka CFoST ditubuhkan sebagai inisiatif kursus memperkasakan politeknik kearah menjadikan ianya setanding dengan IPTA yang lain. Pada 8 September 2015, Kementerian Pendidikan Tinggi telah menganugerahkan pengisytiharan kepada POLISAS dalam bidang tujahan Teknologi Makanan sebagai Centre of Technology (COT) Politeknik Fasa 3. Bidang teknologi makanan menawarkan 2 program utama iaitu Diploma Teknologi Makanan dan Diploma Teknologi Makanan (Pengurusan Halal). Program ini memberi pengetahuan terkini dalam bidang sains dan teknologi seperti kimia dan analisis, mikrobiologi, kejuruteraan, pemprosesan makanan (hasilan tanaman dan ternakan), penyelidikan dan inovasi dalam makanan.