Center Of Technology (COT)

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia

Pada 25 Februari 2010, YAB Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan Hala Tuju Transformasi Politeknik yang bermatlamatkan untuk membina upaya baharu politeknik bagi membangunkan sumber manusia untuk memenuhi keperluan Model Baharu Ekonomi yang berasaskan inovasi dan kreativiti. Hala Tuju Transformasi Politeknik ini bertujuan untuk memperluaskan akses pendidikan yang berkualiti merangkumi kesemua Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) yang ditetapkan oleh sektor Pengajian Tinggi Negara.

COT ditubuhkan agar ilmu pengetahuan dalam bidang tujahan dapat diterokai bersama penyelidikan asas dan lanjutan, memacu pemindahan teknologi bersama pihak luar di samping meningkatkan keupayaan institusi dalam melahirkan graduan yang berdaya saing bagi memenuhi keperluan sumber manusia negara.

Dalam mencapai visi untuk menjadi peneraju institusi TVET terunggul, fokus kolaborasi, penyelidikan dan inovasi serta khidmat kepakaran di dalam teras COT sentiasa berkembang menjadi hub pengetahuan utama kepada institusi akademik dan industri berkaitan.

Centre of Food Science and Technology (CFOST)

Bermula dengan penubuhan Jabatan Teknologi Makanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah pada tahun 1976. Kini JTM mengorak langkah menerajui kegemilangan ilmu dalam era globalisasi kini. JTM memacu misi tampil merealisasikan hasrat menggalakkan kecemerlangan dalam bidang tujahan melalui kolaborasi, penyelidikan dan inovasi serta khidmat kepakaran dengan penubuhan Centre of Food Science and Technology (CFOST) sejak tahun 2015.

VISI

Menjadi CFoST yang diiktiraf oleh komuniti dan industri dalam bidang tujahan di dalam dan luar Negara.

MISI

Mengalakkan kecemerlangan dalam bidang tujahan melalui perkhidmatan kepakaran, penyelidikan dan inovasi, pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF

  • Membudayakan perkongsian kepakaran, penyelidikan, inovasi dan pengajaran dan pembelajaran berkualiti.
  • Mempergiatkan kolaborasi dengan komuniti dan industri.
  • Menggalakkan penulisan dan penerbitan ilmiah dikalangan kakitangan.
  • Meningkatkan pencapaian dan pengiktirafan pada peringkat dalam Negara atau luar Negara.
  • Menjana pendapatan melalui aktiviti-aktiviti khidmat kepakaran, penghasilan penyelidikan dan perkongsian pengetahuan dalam bidang tujahan.

Kongsi Artikel Ini

Submit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to Twitter